Setiap Yang Bernyawa Pasti Merasai Mati..

Doa yang dilafazkan oleh RASULULLAH SAW ketika mnesolatkan jenazah..

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Ya Allah, ampunilah dosanya; curahkanlah rahmat kepadanya; sentosakanlah dia; maafkanlah dia; muliakanlah kedudukannya; luaskanlah tempat masuknya; bersihkanlah dia dengan air, salji, dan embun; bersihkanlah dia daripada dosa-dosa sebagaimana bersihnya kain yang putih daripada kotoran; gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada rumahnya di dunia; gantilah keluarganya dengan keluarga yang lebih baik daripada keluarganya di dunia; gantilah pasangannya dengan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya di dunia; masukkanlah dia ke dalam syurga; dan peliharalah dia daripada seksa kubur dan seksa api neraka) hingga terlintas dalam hatiku alangkah indahnya jika akulah yang menjadi mayat tersebut.” (Riwayat Muslim)

Doa Cinta Pengantin


Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan ridho-Mu
Jadikanlah kami Suami & Isteri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.

Amin Allahumma Amiin……

Ya Allah…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul untuk mencurahkan cinta hanya kepada-Mu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru [di jalan]-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu maka kuatkanlah ikatan pertaliannya.

Ya Allah…
Abadikan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Dan semoga shalawat serta salam selalu tercurah kepada Mudammad SAW, kepada keluarganya dan kepada semua sahabatnya.

Ya Allah…
Hari ini ( tanggal 5 Jun 2009 ) dua hamba-Mu yang dhaif mematri janji dalam Mitsaqan Ghaliza di hadapan kebesaran-Mu. Kami tahu tidak mudah untuk memelihara ikatan suci ini dalam naungan ridho dan maghfirah-Mu. Kami tahu, amat berat bagi kami untuk mengayuh perahu rumah tangga kami menghadapi taufan godaan di hadapan kami. Kerana itulah, kami datang memohon Rahman dan Rahim-Mu.

Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang lebih Engkau anugerahi kenikmatan, bukan-nya jalan orang-orang yang Engkau timpai kemurkaan, bukan pula jalan orang-orang yang Engkau tenggelam dalam kesesatan. Sinarilah hati kami dengan cahaya petunjuk-Mu.

Terangilah jalan kami dengan sinar taufik-Mu. Kalau Engkau berkenan menganugerahkan nikmat-Mu atas kami, bantulah kami untuk banyak berdzikir dan bersyukur atas nikmat-Mu itu. Hindari kami dari orang-orang yang terlena dalam kemewahan dunia. Lembutkan hati kami untuk merasakan curahan rahmat-Mu.

Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal sOleh yang Engkau redhoi. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami.

Ya Allah..
Berkatilah Ahmad Khairi dan Kamariah,
Pasangan suami isteri yang bersatu ikatan kasih keranaMu..
Dua hambaMu yang dhoif iman ini...

Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amin Allahumma Amiin……

Jalan Menuju Qana'ah

1. Menjadikan Akhirat sebagai matlamat utama.

Mereka yang sibuk dengan akhirat, tidak akan menghiraukan dunia. Hati mereka sudah tertaut dengan syurga dan kenikmatan-kenikmatannya, maka tiadalah nilai nikmat-nikmat dunia disisi mereka dan mereka hanya mengambil sekadar yang perlu sahaja.

Hadis Rasulallah s.a.w yang bermaksud:
“Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan.” HR Bukhari.

2. Mengetahui hakikat dunia.

"Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan Sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri Yang kekal.

Rasulallah s.a.w pernah bersabda yang membawa maksud : sekiranya dunia ini ada nilai disisi Allah walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak akan diberi minum.

“Apalah aku ini dengan dunia! sesungguhnya perumpamaan diriku dan dunia adalah seperti seorang musafir, tidur sejenak di siang hari di bawah pokok untuk berehat demudian meneruskan perjalanan dan meninggalkannya.” HR Tarmidzi

Inilah dunia. Hanya sebuah persinggahan yang bersifat sementara.

3. Zuhud di dunia.

Satu hari seorang lelaki telah mendatangi Rasulallah s.a.w, dan berkata: “wahai Rasulallah, tunjukkanlah aku amalan yang apabila aku mengamalkannya, Allah akan mencintaiku, dan manusia juga akan mencintaiku”, maka berkata Rasulallah s.a.w: “zuhudlah di dunia, nescaya Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah dengan apa yang ada disisi manusia, nescaya manusia akan mencintaimu”. HR Ibnu Majah

Zuhud yang sebenar adalah sesiapa yang didatangi dunia tetapi ia sedikit pun tidak melalaikan dia daripada tuhannya bahkan pada pandangannya ia (dunia dan kenikmatannya) hanyalah perkara kecil. Lihatlah sahabat-sahabat agung seperti Abu Bakar, Uthman, dan Abdur Rahman Auf. Mereka telah didatangai dunia, tetapi hubungan mereka dengan Allah tidak terjejas, bahkan sentiasa bertambah. Merekalah contoh zuhud yang sebenar. Maka janganlah memandang zuhud itu pada orang miskin yang papa.

4. Melihat kepada orang yang lebih rendah dari kamu.

Daipada Abu Hurairah r.a: Rasulallah s.a.w telah bersabda: “lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripada kamu, dan janganlah melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu kerana ia lebih patut supaya kamu tidak sombong dengan nikmat Allah terhadap kamu.” Muttafak Alaih

Melihat kepada orang yang lebih kaya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan keinginan untuk menjadi kaya seperti mereka. Akhirnya manusia akan terjerat dalam permainan dunia yang bertuhankan harta. Hidup semata-mata untuk mencari dunia dan memuaskan nafsu. Sedangkan nafsu itu tidak akan puas. Habis dikejar segunung emas, segunung lagi akan dicari. Dan inilah apa yang berlaku pada kebanyakan manusia sekarang, termasuk orang islam sendiri.

Lihatlah kepada golongan yang lebih miskin. Sedarlah betapa beruntungnya kita, dan belajarlah untuk bersederhana.

5. Banyakkan memberi.

Belajar untuk memisahkan diri dengan harta kerana apabila mati nanti kita akan tinggalkan harta itu untuk selamanya.
Pada sedekah itu juga ada penyucian harta dan membawa kepada keberkatan.
Rasulallah s.a.w juga pernah bersabda bahawa tangan yang diatas (memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (menerima).

6. Mengambil contoh dari mereka yang terdahulu.

Pernahkah kita tertanya, apakah yang ditinggalkan oleh Rasulallah s.a.w ketika beliau wafat?

Amru bin Harith r.a berkata, “ketika kewafatan Rasulallah s.a.w, beliau tidak meninggalkan dinar atau diraham, hamba lelaki mahupun hamba perempuan, atau sebarang benda lain, kecuali keldai putihnya yang menjadi tunggangan Baginda, pedang beliau, dan tanah yang disedekahkan untuk ibnu sabiil (mereka yang dalam perjalanan).”
HR Bukhari

Menggapai RedhaNya..

Ingatlah, Insan akan berjaya mencapai kemuliaan dan redhaNya bukan kerana memiliki keperkasaan dan kekayaan atau pangkat dan kedudukan tetapi memiliki hati yang lembut dan penuh keimanan. Asalkan hati kita sentiasa hidup dan penuh keimanan maka kita akan berjaya meraih redhaNya. Tentunya apa yang Allah timpakan kepada kita mengambil kira kemampuan kita cuma kita perlu berusaha untuk mencari penawarnya. Laluilah ia dengan bekalan ketaqwaan dan kesabaran..InsyaAllah.

*PERANG SIFFIN*

Termasuk sejarah versi Syi`ah adalah Perang Siffin merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Muawiyah bin Abi Sufyan ke atas Ali bin Abi Thalib. Sekali lagi hal ini perlu diteliti semula, benarkah Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anh memimpin kaum pemberontak ke atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh?


Sebelum menjawab persoalan ini, ingin saya jelaskan terlebih dahulu keutamaan Muawiyah. Ini kerana sejak dari bangku sekolah, kebanyakan di kalangan kita mengenali beliau sebagai seorang sahabat yang zalim, pendusta dan pelbagai lagi sifat yang negatif. Pengenalan bentuk negatif ini begitu meluas sehingga jarang-jarang kita menemui ibubapa yang menamakan anaknya “Muawiyah” berbanding dengan nama para sahabat yang lain.

Keutamaan Muawiyah bin Abi Sufyan

Muawiyah bin Abi Sufyan adalah salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia. Beliau dilahirkan 15 tahun sebelum peristiwa hijrah. Mengikut pendapat yang lebih tepat, beliau memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah, iaitu antara tahun 6 hingga 8 hijrah. [Maulana M. Asri Yusoff – Sayyidina Mu’awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniaya (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian, 2004), ms. 9-10].

Dalam sebuah hadis yang dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani rahimahullah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mendoakan Muawiyah: “Ya Allah! Jadikanlah beliau orang yang memimpin kepada hidayah dan berikanlah kepada beliau hidayah.” [Silsilah al-Ahadits al-Shahihah (Maktabah al-Ma`arif, Riyadh, 1995), hadis no: 1969]

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2924 bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pasukan pertama daripada kalangan umatku yang berperang di laut, telah dipastikan bagi mereka (tempat di syurga).” Fakta sejarah mencatitkan bahawa armada laut yang pertama bagi umat Islam dipimpin oleh Muawiyah pada zaman pemerintahan Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh.

Di dalam Shahih Muslim – hadis no: 2501, Abu Sufyan pernah meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam agar Muawiyah menjadi jurutulis baginda. Rasulullah memperkenankan permintaan ini. Sejak itu Muawiyah menjadi jurutulis al-Qur’an dan surat-surat Rasulullah, sekali gus menjadi orang yang dipercayai di sisi baginda.

Muawiyah juga merupakan seorang sahabat yang dihormati oleh para sahabat yang lain. Beliau diangkat menjadi gabenor di Syam semasa zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar dan Usman. Pada zaman pemerintahan beliau sendiri, pernah seorang mengadu kepada Ibn Abbas radhiallahu ‘anh bahawa Muawiyah melaksanakan solat witir dengan hanya satu rakaat. Ibn Abbas menjawab: “(Biarkan), sesungguhnya dia seorang yang faqih (faham agama).” [Shahih al-Bukhari – hadis no: 3765]

Demikianlah beberapa keutamaan Muawiyah yang sempat dinyatakan dalam tulisan ini. Dapat dikenali bahawa beliau bukanlah sebarangan orang tetapi merupakan salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang mulia.

Pendirian Muawiyah tentang kekhalifahan Ali

Apabila Amirul Mukminin Usman ibn Affan radhiallahu ‘anh dibunuh, Ali bin Abi Thalib diangkat menjadi khalifah. Beliau dibai`ah oleh sebahagian umat Islam. Wujud sebahagian lain yang tidak membai`ah beliau, di antaranya ialah Muawiyah. Hal ini berlaku bukan kerana Muawiyah menafikan jawatan khalifah daripada Ali, akan tetapi Muawiyah mengkehendaki Ali terlebih dahulu menjatuhkan hukuman hudud ke atas para pembunuh Usman.

Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan hakikat ini:

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai`ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]

Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan para pembunuh Usman berkeliaran secara bebas. Malah beliau mengetahui bahawa mereka itu menyamar diri dan berselindung di kalangan umat Islam serta berpura-pura membai`ah beliau. Akan tetapi dalam suasana umat Islam yang masih berpecah belah, adalah sukar untuk beliau mengambil apa-apa tindakan. Sebaliknya jika umat Islam bersatu, mudah baginya untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman.

Berlakunya Perang Siffin

Setelah Perang Jamal berakhir, Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib menghantar utusan kepada Muawiyah meminta beliau berbai`ah kepada dirinya. Muawiyah menolak, sebaliknya mengulangi tuntutannya agar Amirul Mukminin Ali mengambil tindakan ke atas para pembunuh Usman. Jika tidak, Muawiyah sendiri yang akan mengambil tindakan. Mendengar jawapan yang sedemikian, Amirul Mukminin Ali menyiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Syam. Senario ini menyebabkan Muawiyah juga mempersiapkan pasukannya dan mula bergerak ke arah Kufah. Akhirnya kedua-dua pasukan ini bertemu di satu tempat yang bernama Siffin dan bermulalah peperangan yang dikenali dengan Perang Siffin.

Para pengkaji berbeza pendapat, kenapakah Amirul Mukminin Ali mempersiapkan pasukannya ke arah Syam? Persoalan ini masih memerlukan penelitian yang mendalam dengan mengambil kira faktor-faktor luaran dan dalaman yang wujud pada ketika itu. Amirul Mukminin Ali tidak akan mengambil apa-apa tindakan melainkan ia adalah untuk kemaslahatan umat Islam seluruhnya. Hal ini mengingatkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang meramalkan berlakunya Perang Siffin:

“Tidak akan datang Hari Kiamat sehingga dua kumpulan yang besar saling berperang. Berlaku antara kedua-duanya pembunuhan yang dahsyat padahal seruan kedua-dua kumpulan tersebut adalah satu (yakni kebaikan Islam dan umatnya).” [Shahih Muslim – hadis no: 157]

Muawiyah memberontak kepada Ali?

Kini penelitian kita sampai kepada persoalan: Benarkah Muawiyah memimpin pemberontakan ke atas Amirul Mukminin Ali? Jawapannya tidak. Ini kerana jika dikatakan seseorang itu memberontak kepada pemimpinnya, nescaya pemberontak itulah yang bergerak ke arah pemimpin. Akan tetapi dalam kes Muawiyah, beliau tidak bergerak ke arah Amirul Mukminin Ali. Sekalipun Muawiyah enggan membai`ah Ali, beliau hanya berdiam diri di Syam tanpa memulakan apa-apa tindakan ketenteraan.

Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah (1389H) menjelaskan:

“Lalu Ali berangkat meninggalkan Kufah dan menuju di permulaan jalan yang menuju ke arah Syam dari Iraq. Ali mengisyaratkan supaya orang ramai tetap tinggal di Kufah dan mengirimkan yang selainnya ke Syam. Sampai berita kepada Muawiyah bahawa Ali telah mempersiapkan pasukannya dan Ali sendiri keluar untuk memerangi beliau. Maka para pembesar Syam mengisyaratkan kepada Muawiyah agar dia sendiri turut keluar (untuk berhadapan dengan pasukan Ali). Maka orang-orang Syam berangkat menuju ke Sungai Furat melalui Siffin dan Ali maju bersama pasukannya menuju Siffin juga.

Seandainya Ali tidak mempersiapkan pasukan yang bergerak dari Kufah nescaya Muawiyah tidak akan bergerak (dari Syam).” [catitan notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 166 & 168 ]

Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan alasan melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Hadis tersebut diriwayatkan oleh al-Imam Muslim di dalam kitab Shahihnya – hadis no: 2916 di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada `Ammar bin Yasir radhiallahu ‘anh:

“Engkau akan dibunuh oleh kelompok pemberontak.”

Di dalam Perang Siffin, `Ammar berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali dan beliau terbunuh dalam peperangan tersebut. Lalu Muawiyah dilabel sebagai pemberontak kerana pasukan beliaulah yang memerangi Ali sehingga menyebabkan `Ammar terbunuh.

Sebenarnya tidak tepat menggunakan hadis di atas untuk melabel Muawiyah sebagai pemberontak. Sebabnya:

1. Sejak awal para sahabat mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir berada di dalam pasukan Amirul Mukminin Ali. Dengan itu, sesiapa yang memerangi pasukan Ali, nescaya mereka adalah para pemberontak. Akan tetapi fakta sejarah mencatitkan bahawa ramai sahabat yang mengecualikan diri daripada Perang Siffin. Jika mereka memandang pasukan Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya mereka tidak akan mengecualikan diri, malah tanpa lengah akan menyertai pasukan Ali. Sikap mereka yang mengecualikan diri menunjukkan mereka tidak memandang pasukan Muawiyah sebagai pihak yang memberontak. Perlu ditambah bahawa hadis yang meramalkan pembunuhan `Ammar bin Yasir oleh kelompok pembangkang adalah hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh lebih daripada 20 orang sahabat. [Rujuk Qathf al-Azhar al-Mutanatsirah fi al-Akhbar al-Mutawatirah oleh al-Imam al-Suyuthi (911H) (al-Maktab al-Islami, Beirut, 1985), hadis no: 104]

2. Amirul Mukminin Ali juga mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir berada dalam pasukannya. Akan tetapi Ali mengakhiri Perang Siffin melalui perdamaian yang disebut sebagai peristiwa Tahkim. Seandainya Ali memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan
melakukan apa-apa usaha perdamaian dengannya.

3. Apabila terbunuhnya Amirul Mukminin Ali, jawatan khalifah diserahkan kepada anaknya, Hasan bin Ali radhiallahu ‘anh. Tidak berapa lama selepas itu, Hasan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Padahal Hasan juga mengetahui bahawa `Ammar bin Yasir telah terbunuh dalam Perang Siffin. Jika Hasan memandang Muawiyah sebagai pemberontak, nescaya beliau tidak akan menyerahkan jawatan khalifah kepada Muawiyah. Namun Hasan tetap menyerahkannya, menunjukkan beliau tidak memandang Muawiyah sebagai pemberontak.

Semua ini membawa kepada persoalan seterusnya, siapakah yang sebenarnya dimaksudkan sebagai “kelompok pemberontak”? Kelompok pemberontak tersebut bukanlah pasukan Muawiyah mahupun pasukan Amirul Mukminin Ali, akan tetapi adalah orang-orang yang pada asalnya menyebabkan berlakunya peperangan antara Muawiyah dan Ali. Mereka adalah kelompok pemberontak yang asalnya memberontak kepada Amirul Mukminin Usman ibn Affan sehingga akhirnya membunuh beliau. Diingatkan bahawa sekalipun pada zahirnya peperangan kelihatan berlaku di antara para sahabat, faktor yang menggerakkannya ialah para pemberontak yang asalnya terlibat dalam pembunuhan Usman.

Syaikh Mubih al-Din al-Khatib rahimahullah menjelaskan hakikat ini:

“Sesungguhnya orang yang membunuh orang Islam dengan tangan kaum Muslimin setelah terjadinya pembunuhan Usman, maka dosanya berada di atas para pembunuh Usman kerana mereka adalah pembuka pintu fitnah dan mereka yang menyalakan apinya dan mereka yang menipu sebahagian hati kaum muslimin dengan sebahagian yang lain. Maka sebagaimana mereka membunuh Usman maka mereka juga membunuh setiap orang yang mati selepas Usman, di antaranya seperti `Ammar dan orang yang lebih utama daripada `Ammar iaitu Thalhah dan al-Zubair, sehinggalah berakhirnya fitnah dengan terbunuhnya Ali.

Segala sesuatu yang terjadi kerana fitnah maka yang menanggungnya adalah orang yang menyalakan apinya kerana merekalah penyebab yang pertama. Mereka itulah “kelompok pembangkang” yang membunuh, yang menyebabkan setiap pembunuhan dalam Perang Jamal dan Perang Siffin dan perpecahan yang berlaku selepas kedua-dua perang tersebut.” [catitan notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 173]

Kebenaran tetap bersama pemimpin

Sekalipun dikatakan bahawa Muawiyah bukan pemberontak, tidaklah bererti Muawiyah berada di pihak yang benar. Di dalam Islam, apabila wujud perbezaan pendapat antara pemimpin dan selain pemimpin, maka kebenaran terletak bersama pemimpin. Hendaklah mereka yang menyelisihi pemimpin tetap bersama pemimpin dan berbincang dengan beliau terhadap apa yang diperselisihkan. Di dalam peristiwa yang membawa kepada Perang Siffin, pemimpin saat itu ialah Amirul Mukminin Ali. Maka sikap yang lebih tepat bagi Muawiyah ialah tidak meletakkan syarat untuk membai`ah Ali, sebaliknya terus membai`ah beliau dan kemudian berbincang dengan beliau tentang cara terbaik untuk mengambil tindakan ke atas para pembunuh Amirul Mukminin Usman.

Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menegaskan:

“Dan Muawiyah bukanlah daripada kalangan mereka yang memilih untuk memulakan perang, bahkan beliau daripada kalangan yang paling mengkehendaki agar tidak berlaku perang. Yang benar adalah tidak berlakunya peperangan. Meninggalkan peperangan adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Tidaklah dalam peperangan tersebut (Perang Siffin, wujud satu) pihak yang benar. Akan tetapi Ali lebih mendekati kebenaran berbanding Muawiyah. Peperangan adalah peperangan kerana fitnah, tidak ada yang wajib dan tidak ada yang sunat dan meninggalkan perang adalah lebih baik bagi kedua-dua pihak. Hanya sahaja Ali adalah lebih benar. Dan ini merupakan pendapat (al-Imam) Ahmad dan kebanyakan ahli hadis dan kebanyakan para imam fiqh dan ini juga merupakan pendapat para tokoh sahabat dan tabi’in yang selalu mendapat kebaikan.” [Minhaj al-Sunnah, jld. 4, ms. 447-448]

Allahu a’lam bisshawab.

- Pendirian Muawiyah Di Sebalik Perang Siffin, Hafiz Firdaus Abdullah

Mitsaaqan Ghalizhaa..

-Penulis menghadiri walimatus 'Urus seorang sahabat-'
Semoga Allah memberkati kamu berdua, menurunkan keberkatanNya kepada kamu dan mempersatukan kamu berdua dalam kebajikan'

((Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta kasih dan sayang)) (arRum:21)




Tujuan dari sistem pernikahan Islam adalah membina sebuah keluarga agar berjalan di bawah naungan cinta kasih dan kesucian diri maka rumah tangga yang kelak memiliki keturunan ini akan menemukan jaminan keamanan, ketenteraman, cinta kasih dan kemampuan meningkatkan potensi masyarakat untuk mewujudkan martabat kehidupan manusia yang mulia sebagaimana kemuliaannya di hadapan Allah SWT. (Ali Abdul Halim Mahmud).



((Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal kamu telah bergaul satu sama lain (sebagaimana suami isteri). Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil perjanjian yang kuat (ikatan pernikahan) dari kamu. (al-Nisa':21)



"Dan Abdullah bin Umar ra. Rasulullah saw bersabda: Dan wanita adalah terhadap keluarga rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban tentang mereka"-HR Bukhari dan Muslim-



'Kunci utama bagi suami dan isteri untuk menyelesaikan berbagai macam permasalahan yang muncul dan akan terus muncul dalam kehidupan rumah tangga adalah musyawarah. Rasanya tidak ada masalah yang tidak bisa diselesaikan selama semua pihak bersedia melakukan musyawarah'.



Seorang ulama' berkata: 'Isteri yang baik dapat mengilhamkan suaminya (membantu fikiran suaminya), isteri yang cerdas membangkitkan perhatian suaminya, isteri yang cantik menawan suaminya, akan tetapi isteri yang penuh kasih sayang dan lemah lembut dialah yang akan menguasai suaminya'.



'Pergaulan baik (al-'isyrah bil ma'ruf) adalah payung dan sistem yang di atasnya bahtera keluarga berlayar; baik saat melakukan kewajipan, atau meminta hak. Atau ia merupakan sistem yang di atas bimbingannya kehidupan keluarga berjalan.' (Dr. Akram Redha).



Ikatan Mitsaqan Ghalizha (perjanjian yang sangat berat). Ada yang besar dalam perjanjian berat ini. Hati yang menerima, jiwa yang rela, sikap yang mententeramkan, dan kesediaan untuk berjuang bersama. Sudah siapkah anda? (Mohammad Fauzi Adhim)

SUARA HATI: Maafkan Agar Dimaafkan..

Memberi maaf kekadang lebih sukar daripada meminta maaf. Ah, kenapa diri ini? Apa yang pernah dibaca dalam al-Qur'an, hadis dan buku-buku sukar benar dipraktikkan. Bila cuba dipraktikkan, barulah terasa pedihnya. Egonya terhenyak, rasa marah tertekan. Mampukah diri ini memaafkan ketika berkuasa 'membalas'? Forgive and forget? Wah jauh sekali. Nak lupakan? Nak memaafkan pun sukar!

Aku bertemunya sekali lagi setelah sekian lama terpisah. Perpisahan yang disebabkan perselisihan, di samping dia sendiri membina kerjaya di tempat lain. Secara 'basa-basi' memang kami telah saling bermaafan. Tetapi dia dan aku tahu, 'mendung' antara hati kami masih belum berarak pergi. Kini, setelah hampir 5 tahun, suasana sudah berubah. Yang di bawah ke atas, yang di atas meluncur ke bawah.
"Maaf, bang..."
Aku tergamam. Aku renung matanya.Agak layu dan keletihan.
"Oh, tak apa-apa. Kita jumpa lagi nanti," kataku sambil memberikan kad nama. Dia juga memberikan kadnya. Dan kami terus berpisah. Sepanjang perjalanan pulang, hatiku resah..Jelas aku masih sukar melupakan. Atau aku masih belum memaafkan?
Dibelenggu Rasa Sakit
Perlahan aku mainkan semula sebuah kaset dari siri kaset-kaset pengubat jiwa koleksi peribadi yang ada di dalam kereta.
Orang yang tidak memaafkan sentiasa 'diikat' oleh orang yang tidak dimaafkannya. Maafkan, nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas daripada terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan dan kemarahan yang dikenakannya ke atasmu. Itu sakit. Maafkan, engkau akan sihat, engkau akan bebas!"
Aku diam. Akur. Rupanya aku masih dibelenggu oleh rasa sakit itu.
"Mengapa terlalu sukar memaafkan?Orang yang merasakan kebesaran Allah,akan berasa kekerdilan dirinya."
Sekali lagi suara dalam kaset itu menusuk hatiku. Aku ego? Ya, jawab suara hati.
"Allah lagilah Pengampun. Dosa demi dosa dari hambaNya, diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat dari dosanya." Masya Allah!
Egonya Aku
Kenapa aku rasa 'besar'? Akukah yang memberikan dia rezeki? Akukah yang berikan dia hidayah? Akukah yang sembuhkan dia dari sakit demamnya? Insaflah, Allah yang memberikan dia semuanya. Jika Allah yang begitu besar jasa kepadanya pun memaafkan. Apakah layak untuk kita tidak memaafkan? Sekali lagi saya terhenyak. Oh,egonya aku.
Saya belokkan kereta ke arah lain. Tidak jadi pulang ke rumah. Sengaja memanjangkan masa untuk lebih mendengar suara kaset dan suara hati sendiri.
"Kau tau tak, aku tak suka orang yang mungkir janji. Kau selalu mungkir janji. Aku tunggu,kau lewat. Kau janji nak bayar, kau culas. Kau kata nak buat, kau tangguh. Kau janji macam-macam, tapi apa pun tak ada. Kau buat berulang-ulang kali. Kali ini aku terlalu susah, kau buatkan aku begini. Sampai hati kau."
"Eh, siapa suruh kau percaya. Siapa suruh kau tunggu.. Biasalah,kau takkan tak tahu perangai aku."
"Kalau macam ni susahlah aku."
"Dah tahu susah, jangan kawan dengan aku!"
Masih terngiang-ngiang dialog antara kami ketika dia menelefonku meminta maaf,dan aku memaafkannya..tetapi sejak itu kami 'putus'.
"Cuba bayangkan kasih sayang Allah. Kalau seorang itu berdosa, kemudian bertaubat, kemudian berdosa lagi, bertaubat lagi..namun Allah masih dan terus sudi mengampunkannya setiap kali dia bertaubat. Sebab itu kata Imam Al-Ghazali, seorang hamba yang bertaubat tetapi kembali berdosa, jangan sekali-kali putus asa untuk terus bertaubat lagi. Mana tahu Izrail mencabut nyawanya ketika dia sedang bertaubat atau sedang dalam perjalanan menuju satu taubat!"
Aku terdiam. Alasanku tidak memaafkannya ialah dia buat begini berulang-ulang kali. Ya, sukarnya memaafkan, tapi Allah? Sekali lagi, suara hati menusuk jiwa - siapa besar?
Dosanya Terlalu Besar?
Reputasiku hampir pupus dibuatnya. Malah, aku hampir hilang pekerjaan. Terlalu besarkah dosanya kepadaku?
"Sekalipun si hamba datang dengan dosa sepenuh langit dan bumi, sebanyak pepasir di pantai, seluas air di lautan, Allah akan mengampunkannya. Sebesar-besar dosa manusia, besar lagi pengampunan Allah. Malah, keampunanNya sentiasa mendahului kemurkaanNya."
Aduh, kecilnya kesalahan manusia sesama manusia, berbanding dosa manusia dengan Yang Esa. Apakah alasan kita untuk tidak memaafkan? Sedangkan Allah sudi memaafkan walau sebesar mana pun dosa kita, insan yang hina ini kepadaNya, Zat Yang Maha Mulia."
"Maafkan dosa sesama kita, agar mudah kira bicara kita di mahkamah keadilanNya nanti. Allah Penyayang, suka kepada orang yang penyayang. Allah Maha Pemaaf, dan suka kepada orang yang suka memaafkan. Maafkanlah agar dimaafkan."
Tanpa lengah aku mencapai telefon bimbit. Kad namanya kukeluarkan.
"Hello, assalamu'alaikum. Ya,ya,aku ni. Kita jumpa boleh? Tempat? Kau tentukan. Oklah, setengah jam lagi insya Allah aku sampai," kata saya. Tanpa sedari kaki saya menekan pedal minyak. Ingin segera kerana..ingin segera memaafkan. Agar segera diampunkan. Ya Allah..egonya aku selama ini. Menyimpan sifat 'ketuhanan' dalam diri yang begitu hina dan kekurangan.
Cerita di atas ini, tidak sesekali bersangkut paut dengan mana-mana individu. Sebagai muhasabah untuk diri penulis sendiri terutamanya. Moga Allah ampuni dosa-dosa kita semua. Ameen!
Wassalam..
Nukilan: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

Maulid: Antara Sejarah Dan Amalan

Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi s.a.w. Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda s.a.w.

Bagi yang berpendapat baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada Bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri.

Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang insan bernama Muhammad bin ‘Abdillah yang diikrarkan oleh umat Islam sebagai rasul terakhir yang diutuskan Allah. Hal ini berbeza dengan Jesus yang berada dalam gambaran Barat. Setengah ahli kajian mereka mempertikaikan tentang kelahiran Jesus itu sendiri.

Kelahiran Nabi s.a.w adalah peristiwa yang amat penting kerana ia peristiwa yang memulakan episod baru bagi kehidupan manusia sejagat. Penentuan haribulan atau bulan secara tepat bukanlah faktor utama. Tidak dapat menentukan tarikh lahir yang pasti, bukan bererti seseorang itu tidak wujud. Entah berapa ramai para nabi, tokoh, individu yang gagal dikesan tarikh kelahiran mereka, tetapi mereka wujud dan telah mewarnai sejarah.

Kegagalan sarjana untuk mengetahui hari dan bulan sebenar kelahiran Nabi s.a.w antaranya berpunca daripada tindakan para sahabah Nabi s.a.w yang tidak merayakan tarikh tersebut. Walaupun dalam sejarah Islam, merekalah generasi yang paling mencintai Nabi s.a.w namun mereka tidak membuat perayaan khas hari kelahiran baginda disebabkan kerana mereka tidak melihat baginda melakukan hal yang demikian.

Bahkan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Saidina ‘Umar apabila dicadangkan permulaan tahun Islam dikira pada tahun kelahiran Nabi s.a.w, beliau menolaknya. Sebaliknya khalifah agung itu memilih tahun hijrah baginda sebagai permulaan kiraan. Bukan kelahiran tidak penting, tetapi hijrah adalah permulaan kejayaan dan sejarah perjuangan. Perkara yang paling utama buat seorang rasul ialah baginda diikuti, bukan sekadar dirayakan. Saban tahun orang Kristian Barat merayakan kelahiran Jesus, namun apakah kehidupan mereka sama seperti yang diajar oleh Jesus?

Hari berganti dan bertukar. Dunia Islam beralun dengan berbagai krisis politik yang akhirnya mencetuskan mazhab. Antaranya Mazhab Syiah yang asalnya merupakan mazhab politik, bertukar menjadi mazhab agama dengan segala macam aliran di dalamnya. Islam sepatutnya mencorakkan politik telah bertukar menjadi ‘politik mencorakkan Islam’. Lalu kefahaman agama dibina di atas blok-blok politik, bukan reka fikir politik itu diwarnakan oleh Islam. Maka perebutan kuasa berlaku atas agenda politik yang dimasukkan unsur Islam ke dalamnya. Maka berselerakanlah umat Islam akibat agenda politik berbagai aliran.

Di Mesir, Syiah Fatimiyyah pernah menguasai tampok kuasa. Berbagai agenda agama dilaksanakan dalam kerangka pemikiran mazhab politik yang bertukar menjadi agama. Berbagai perayaan agama dibuat dengan tujuan untuk mencapai matlamat politik yang tersendiri.

Dalam Fatawa al-Azhar diakui bahawa ahli sejarahwan Islam tidak mengetahui sesiapa pun yang memulakan perayaan Maulid Nabi s.a.w melainkan Kerajaan Syi’ah Fatimiyyah di Mesir yang mengadakannya secara besar-besaran. Mereka turut meraikan hari kelahiran tokoh-tokoh Ahlil Bait dan kelahiran Nabi Isa a.s. Kemudian pada tahun 488H dihentikan oleh Khalifah mereka al-Musta’la billah. Kemudian dihidupkan kembali oleh sesetengah kerajaan dan negeri. Demikianlah sejarahnya.

Ya, saya fikir, perasaan bersyukur mengenangkan sejarah kelahiran Nabi s.a.w dengan semangat untuk mengikuti baginda adalah wajar. Di samping kita perlu sedar fakta-fakta yang disebutkan tadi. Jika Bulan Rabi’ul Awwal ini dikatakan bulan kelahiran Nabi s.a.w, maka tidak salah untuk kita berceramah menceritakan sejarah perjuangan dan prinsip-prinsip Islam yang dibawa oleh baginda. Sama ada pada bulan ini atau selain. Sama seperti apabila kita melintas suatu tempat bersejarah, kita mengenang sejarah tersebut. Cuma janganlah kita ini menjadi manusia bermusim yang hanya mengenang rasul dan ajaran baginda pada hari-hari tertentu, tetapi kita seakan sudah tidak mengingati baginda selepas itu.

Di samping itu, hendaklah kita sedar, jika kita mengikuti Nabi s.a.w, maka pastikan kita tidak menokok tambah ajaran baginda apa yang baginda tidak izinkan. Baginda bersabda:
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ia tertolak” (Riwayat Muslim).

Oleh kerana baginda tidak pernah menunjukkan kita ibadah khas sempena kelahiran baginda samada solat khas, atau puasa khas atau bacaan khas, maka kita tidak boleh mengadakannya. Jalan yang patut diikuti dalam masalah ini adalah jalan para sahabah baginda s.a.w. Sabda baginda s.a.w:
“..Sesungguhnya Bani Israil berpecah kepada 72 puak, dan umatku akan berpecah kepada 73 puak. Kesemua mereka dalam neraka kecuali satu puak”. Mereka bertanya: “Apakah puak itu wahai RasululLah?” Jawab baginda: “Apa yang aku dan para sahabahku berada di atasnya”. (Riwayat al-Tirmizi dinilai sahih oleh al-Diya al-Maqdisi).

Perlu diingat, antara keistimewanya sejarah Nabi s.a.w kerana ia dapat dikenal pasti antara yang tulen dan tokok tambah. Ini berbeza dengan sejarah pengasas-pengasas agama dalam dunia ini yang hampir keseluruhan sejarah mereka dibina atas sangkaan atau perkhabaran yang tidak pasti. Ilmu hadis yang menapis sanad dan matan telah memelihara fakta sejarah nabi kita Muhammad s.a.w. Hanya sejarah yang pasti sahaja yang menjadi ikutan kita, bukan yang direka.
Kata al-Sayyid Sulaiman al-Nadwi:
“Sesungguhnya sirah yang berhak diikuti oleh manusia sebagai contoh yang baik dan teladan yang tinggi disyaratkan terlebih dahulu mestilah bersifat tarikhiyyah (sejarah). Adapun sirah yang tertegak diatas dongengan dan cerita-cerita khurafat yang tidak disokong oleh riwayat-riwayat yang dipercayai kesahihannya, adalah menjadi tabiat insan tidak akan terpengaruh dengan apa yag diceritakan kepadanya tentang sirah peribadi yang direka sedangkan sejarah tidak pernah mengenalinya” (Sulaiman al-Nadwi, al-Risalah al-Muhammadiyyah, m.s. 41, Saudi: al-Dar al-Sa`udiyyah).

Buku Maulid al-Barzanji yang banyak dibaca dalam masyarakat kita ketika majlis kenduri-kendara atau selainnya mempunyai sumbangan yang tersendiri. Banyak sirah yang sahih dicatatkan oleh penulis karya tersebut iaitu Ja’far bin Hasan bin `Abd al-Karim al-Barzanji (meninggal 1187H). Namun satu hakikat yang diboleh dinafikan dari segi ilmu hadis bahawa terdapat fakta-fakta yang tidak sahih dalam buku al-Barzanji tersebut. Antaranya, beliau menyebut:
“Telah hadirlah pada malam kelahiran baginda (Nabi s.a.w.) Asiah (isteri Fir`aun yang beriman) dan Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) dalam kumpulan wanita dari syurga)”.
Tiada satu riwayat yang sahih daripada Nabi s.a.w yang mengakui peristiwa seperti ini. Sehingga seorang pengkaji sejarah Muhammad Muhammad Hasan Syurrab menyebut:
“Wajib kita berhati-hati ketika memetik dari buku-buku sirah terutamanya buku-buku sirah yang terkemudian. Para rawinya (periwayat) banyak menokok tambah cerita dan sirah Rasulullah. Mereka mengaitkan kepada baginda mu’jizat dan perkara-perkara luar biasa sejak kelahiran sehingga kepada kewafatan baginda dengan perkara yang tidak ada sanad yang boleh dipegang. Seakan-akan para rawi ini melihat tujuan penambahan perkara-perkara luar biasa ini untuk memberikan kepada Rasul a.s. mu’jizat-mu’jizat yang tidak ada pada para nabi sebelum baginda (Muhammad Muhammad Hasan Syurrab, Fi Usul Tarikh al-`Arab al-Islami, m.s. 84, Damsyik, Dar al-Qalam).

Kita semua bersyukur dan bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Namun kita wajib pastikan cara kita ikut dan faham mengenai baginda. Saban tahun banyak pihak yang meraikan maulid, apakah umat Islam bertambah dekat dengan baginda?

Fikrah DR MAZA

DEVELOPMENT vs DEVIL-UP-MEN

Apa itu pembangunan dalam ertikata yang sebenar? Pembangunan bagaimanakah yang diiktiraf oleh piawaian syariat? Adakah pembangunan itu cukup sekadar terbinanya bangunan-bangunan yang gah indah, sehingga mencakar langit, disanjung manusia seantero dunia. Tetapi adakah semua ini punya nilai mulia di sisi Allah..? Benarkah pembangunan itu diukur pada kemewahan manusia yang memiliki kereta International Mercedes Benz, rumah megah bak istana di syurga, atau kehidupan mewah dikelilingi emas dan intan berlian yang melimpah-ruah..? Inikah yang dikatakan erti pembangunan sebenar? Analoginya, adakah pusat-pusat membeli dan membelah terkemuka di Malaysia seperti Sogo, The Mall, Mydin yang saban hari dipenuhi manusia, dikira sebahagian dari pembangunan bagi sesebuah negara kini? Sedihnya, ianya hanya memperuntukkan surau/tempat solat yang mampu memenuhi ruang lebih kurang 15 orang para jemaah sahaja. Sedangkan, ruang membeli belah berganda-ganda besarnya jika dibandingkan dengan tempat 'ibadah. Adakah ini semua dikira sebagai pembangunan sebagaimana yang dikehendaki Islam?

Daripada Umar bin al-Khattab r.a.
(dalam sebuah hadis yang panjang), …kemudian Jibrail bertanya kepada RasululIah saw., "Maka khabarkan kepadaku tentang hari qiamat?". Lalu Nabi saw. menjawab, "Orang yang ditanya tiada lebih mengetahui daripada orang yang bertanya". Maka Jibrail lalu berkata, "Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya" , maka Nabi saw. menjawab, "Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang tidak berpakaian walaupun seurat benang lagi miskin yang hanya mengembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan".(H.R. Muslim)

Pembangunan dari kaca mata Islam dan barat sudah tentu amat ketara perbezaannya.
Pembangunan pada perspektif Islam mengikut kata Dr Muhammad Mumtaz Ali di dalam kitabnya; Critical Thinking an Islamic Perspective, terdapat 3 aspek penting tentang pembangunan yang memenuhi kehendak dan acuan Islam:
1) Keimanan dan Kerohanian ( Faith & Spirituality)-menjadi perkara asas yang utama
2) Akhlak Mulia ( Ethical Ideals of Mankind)
3) Sistem SosiaPolitik Berteraskan Syariat Islam ( Sociopolitical Ideals of Mankind)
Oleh itu, Islam mengutamaan aspek keimanan, akhlaq dan sosiapolitik yang menjadi ukuran bagi erti pembangunan sebenar. Manakala, barat berpendapat sebaliknya.

"The western development models and programs of modernization have offered many material benefits, comforts and a high standard of life, but at the same time they have caused moral decay, spiritual bankruptcy and various other complex problems"

"West is facing the problem of moral decline, cultural suicide and political disunity."
- Huntington-

Hakikatnya, Islam sama sekali tidak melarang umatnya melaksanakan misi pembangunan bagi keselesaan sesebuah negara demi tujuan yang murni. Islam mengajar kita supaya aspek dalaman (spiritual) menjadi keutamaan dan perlu dibangunkan dalam diri setiap individu Muslim sebelum terbangunnya aspek-aspek luaran seperti material. Islam tidak menegah Muslim Mukmin memiliki kenderaan mewah, kediaman selesa lagi luas untuk kemudahan bersama, tetapi sejauh mana manusia mampu menjadikan kekayaan dan kemewahan yang dianugerahi sementara ini, sebagai gelaran di sisi Allah - 'pemilik kekayaan' yang merendah diri, ikhlas membantu, tawadu' dengan semua orang, lebih mendekat kecintaan padaNya.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya Al-Muqaddimah ada menyatakan 'The Law of Development'- 'Law of Nature', sesebuah negara membangun yang mengutamakan kemajuan dan pembangunan meterial berbanding spiritual akan mengalami kemunduran, keruntuhan dan ketempangan akhlak rakyat bagi sebuah negara tersebut. Ini semua fitrah alam.

Pembangunan di Malaysia, bagaimana pula..? Adakah aspek spiritual atau meterial diutamakan? Sama-sama kita fikir,zikir dan ikhtiar untuk kemaslahah ummah. Wallahu Ta'ala A'lam.

Rujukan:
1) Dr Muhammad Mumtaz Ali (Pensyarah UIAM), Critical Thinking an Islamic Perspective.
2) Ibnu Khaldun, Al-Muqaddimah.

MEE JAWA TARBAWI

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning ada cop halal yang diiktiraf JAKIM (dicelur)

1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
Sedikit lengkuas ]
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
Air rebusan daging
Sedikit garam Halagel
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:
1. Baca بسم الله الرحمن الرحيم (perencah bismillah)
2. Bersihkan niat ikhlas kerana Allah agar dikira 'ibadah
3. Panaskan minyak masak dalam periuk.
Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
4. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
5. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
6. Bertawakkal kepada Allah.
6. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.
Tips:
1. Sedikit minyak diperlukan supaya bahan yang dimesin tadi tidak melekat pada periuk dan tidak cepat hangit. Jangan biarkannya lama di dalam periuk tanpa dikacau kerana ia akan kembali melekat. Begitu juga orang yang lama tidak ikut program tarbiyyah, hatinya akan jadi liat dan melekat apabila diajak . Jangan tinggalkannya, proseslah balik.
2.Sebelum masukkan keledek, pastikan bahan-bahan yang ditumis betul-betul garing terlebih dahulu.Begitu juga dalam tarbiyyah, ada marhalahnya, tidak boleh tergesa-gesa dan nak cepat.Tiada jalan singkat dalam tarbiyyah.
3.Boleh juga ditambahkan fish cake sebagai penyedap rasa, fish cake yang segar lebih sedap dan enak. Ianya juga mungkin sedikit lebih mahal berbanding yang biasa. Wallahu'alam. Begitu juga dalam membina Istana Islam, asas batu-bata yang lebih berkualiti akan membangunkan binaan yang lebih gah.
2.Susunlah hiasan dengan cantik dan teratur.Begitu juga dalam tarbiyyah, perlu tersusun (munazzamah) dan berstrategi.
"...dan makan serta minumlah kamu, serta janganlah berlebih-lebihan, kerana Dia (Allah) tidak suka kepada orang yang berlebih-lebihan." (al-A'raff: 31)
Betapa banyak Allah Swt. telah memberikan nikmat dan karuniaanNya kepada kita semua, baik dalam bentuk kesihatan, kesempatan, kesedaran, kemahuan, harta, makanan, kefahaman, ilmu, bahkan nikmat Iman dan Islam yang paling besar. Moga-moga dengan ni'mat-ni'mat ini akan bertambahlah keinsafan, kesyukuran dan ubudiyyah kita padaNya semata. Ameen.

W.A.N.I.T.A



1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan??? I'yaazubillah!
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
Nilai Seorang wanita solehah
Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Insya - ALLAH.
“Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”. Ath-Thabrani.
“Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”. Ibnu-majah.
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik” Ibnu - Majah
Wallahu Ta'ala A'lam.
Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan (Januari 1992)







INSYA ALLAH..

Setiap pekerjaan yang hendak dilakukan oleh seseorang itu samada dirancang atau tidak adalah ditentukan oleh Allah S.W.T samada ia akan berlaku atau sebaliknya. Dalam hubungan ini, Islam mengajar kita supaya mengucapkan lafaz Insya Allah setelah memutuskan untuk melakukan sesuatu perkara sebelum menyerahkannya kepada Allah S.W.T,kerana Dialah sahaja yang MAHA menentukan sesuatu perkara itu terjadi ataupun sebaliknya.

Ayat yang diperturunkan di bawah ini menerangkan larangan Allah kepada umat Islam daripada berkata atau berjanji untuk melakukan sesuatu perkara tanpa diikuti dengan perkataan Insya Allah.

a) Larangan tidak mengucapkan Insya Allah selepas berkata untuk melakukan sesuatu perkara.
Al-Kahfi : 23-24.
Maksudnya: Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukannya demikian itu kemudian nanti.” Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “Insya Allah,” “Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.” Sodaqallahul Azeem.

FATIMAH AZ-ZAHRA, PENGHULU WANITA SEPANJANG ZAMAN

WANITA SOLEHAH...

Muqaddimah
Dahulu kala, masyarakat memandang perempuan bagaikan haiwan atau bagian dari kekayaan yang dimiliki oleh seorang laki-laki. Demikian pula masyarakat Arab pada masa Jahiliyah. Mereka senantiasa memandang wanita sebagai makhluk yang hina. Bahkan, sebagian di antara mereka ada yang menguburkan anak perempuan mereka hidup-hidup.
Ketika fajar mentari Islam terbit, Islam memberikan hak kepada kaum hawa dan telah menentukan pula batas-batasnya, seperti hak sebagai ibu, hak sebagai istri, dan hak sebagai pemudi.
Tentu kita semua sering mendengar hadis Nabi saw yang menyatakan, “Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.”
Di lain kesempatan, beliau bersabda, “Kerelaan Allah terletak pada kerelaan orang tua.” (Dan perempuan termasuk salah satu dari orang tua).
Islam telah memberikan batasan kemanusiaan kepada wanita dan memberikan aturan, undang-undang yang menjamin perlindungan, penjagaan terhadap kemuliaan wanita dan kehormatannya.
Sebagai contoh yang jelas ialah hijab atau jilbab. Jilbab bukanlah penjara bagi wanita, tapi ia merupakan kebanggaan baginya, sebagaimana kita selalu melihat permata yang tersimpan rapi di dalam kotaknya, atau buah-buahan yang tersembunyi di balik kulitnya.
Sedangkan bagi wanita muslimah, Allah SWT telah memberikan aturan yang dapat melindunginya dan menjaga diriya, yaitu jilbab. Bahkan tidak hanya sekedar pelindung, jilbab dapat menambah ketenangan dan keindahan pada diri wanita tersebut.
Wanita dalam pandangan Islam berbeza dari apa yang terjadi di Barat. Dunia Barat memandang wanita laksana benda atau materi yang layak untuk diiklankan, diperdagangkan, dan diambil keuntungan materinya, dengan dalih memelihara etika dan kemuliaan wanita sebagai manusia.
Pandangan ini benar-benar telah membuat nilai wanita terperuk dan terpisah dari naluri serta nilai-nilai kemanusiaan. Kita juga menyaksikan keretakan keluarga, perceraian yang terjadi di dalam masyarakat Barat telah sedemikian mengkhuatirkan.
Dalam pandangan dunia Barat, wanita telah berubah menjadi selonggok barang yang tidak berharga lagi, baik dalam dunia perfileman, iklan, promosi, ataupun dalam dunia kecantikan.
Teman-teman, marilah kita sejenak merenung dan melihat suri teladan kaum wanita dalam Islam yang terwujud dalam kehidupan putri Rasulullah SWT tercinta.
Dialah Siti Fatimah Az-Zahra as.
Putri kesayangan Nabi Muhammad saw.
Isteri tercinta Imam Ali as.
Bonda termulia Hasan, Husain, dan Zainab as.
Hari Lahir
Fatimah as dilahirkan pada tahun ke-5 setelah Muhammad saw diutus menjadi Nabi, bertepatan dengan tiga tahun setelah peristiwa Isra’ dan Mikraj beliau.
Sebelumnya, Jibril as telah memberi khabar gembira kepada Rasulullah akan kelahiran Fatimah. Ia lahir pada hari Jumat, 20 Jamadil Akhir, di kota suci Makkah.
Fatimah di Rumah Wahyu
Fatimah as hidup dan tumbuh besar di haribaan wahyu Allah dan kenabian Muhammad saw. Beliau dibesarkan di dalam rumah yang penuh dengan kalimat-kalimat qudus Allah SWT dan ayat-ayat suci Al-Qur’an.
Acapkali Rasulullah saw melihat Fatimah masuk ke dalam rumahnya, beliau langsung menyambut dan berdiri, kemudian mencium kepala dan tangannya.
Pada suatu hari, ‘Aisyah bertanya kepada Rasulullah saw tentang sebab kecintaan beliau yang sedemikian besar kepada Fatimah as.
Beliau menegaskan, “Wahai ‘Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui tentang Fatimah, nescaya engkau akan mencintainya sebagaimana aku mencintainya. Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Barang siapa yang membencinya, maka ia telah membenciku, dan barang siapa membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.”
Kaum muslimin telah mendengar sabda Rasulullah yang menyatakan, bahawa sesungguhnya Fatimah diberi nama Fatimah karana dengan nama itu Allah SWT telah melindungi setiap pecintanya dari azab neraka.
Fatimah Az-Zahra’ as menyerupai ayahnya Muhammad saw dari sisi rupa dan akhlaknya.
Ummu Salamah ra, istri Rasulullah, menyatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah. Demikian juga ‘Aisyah. Ia pernah menyatakan bahwa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya.
Fatimah as mencintai ayahandanya melebihi cintanya kepada siapa pun.
Setelah ibunda dikasihinya, Khadijah as wafat, beliaulah yang merawat ayahnya ketika masih berusia enam tahun. Beliau senantiasa berusaha untuk menggantikan peranan ibundanya bagi ayahnya itu.
Pada usianya yang masih belia itu, Fatimah menyertai ayahnya dalam berbagai cubaan dan ujian yang dilancarkan oleh orang-orang musyrikin Makkah terhadapnya. Dialah yang membalut luka-luka sang ayah, dan yang membersihkan kotoran-kotoran yang dilemparkan oleh orang-orang Quraisy ke arah ayahanda tercinta.
Fatimah senantiasa mengajak berbicara sang ayah dengan kata-kata dan dorongan yang dapat menggembirakan dan menyenangkan hatinya. Untuk itu, Rasulullah saw memanggilnya dengan julukan Ummu Abiha, yaitu ibu bagi ayahnya, karena kasih sayangnya yang sedemikian tercurah kepada ayahandanya.
Pernikahan Fatimah as
Setelah Fatimah as mencapai usia dewasa dan tiba pula saatnya untuk beranjak pindah ke rumah suaminya (menikah), banyak dari sahabat-sahabat yang berupaya meminangnya. Di antara mereka adalah Abu Bakar dan Umar. Rasulullah saw menolak semua pinangan mereka. Kepada mereka beliau mengatakan, “Saya menunggu keputusan wahyu dalam urusannya (Fatimah as).”
Kemudian, Jibril as datang untuk mengkhabarkan kepada Rasulullah saw, bahwa Allah telah menikahkan Fatimah dengan Ali bin Ali Thalib as. Tak lama setelah itu, Ali as datang menghadap Rasulullah dengan perasaan malu menyelimuti wajahnya untuk meminang Fatimah as. Sang ayah pun menghampiri putri tercintanya untuk meminta pendapatnya seraya menyatakan, “Wahai Fatimah, Ali bin Abi Thalib adalah orang yang telah kau kenali kekerabatan, keutamaan, dan keimanannya. Sesungguhnya aku telah memohonkan pada Tuhanku agar menjodohkan engkau dengan sebaik-baik mahkluk-Nya dan seorang pecinta sejati-Nya. Ia telah datang menyampaikan pinangannya atasmu, bagaimana pendapatmu atas pinangan ini?”
Fatimah as diam, lalu Rasulullah pun mengangkat suaranya seraya bertakbir, “Allahu Akbar! Diamnya adalah tanda kerelaannya.”
Walimatul 'Urus
Rasulullah saw kembali menemui Ali as sambil mengangkat tangan sang menantu seraya berkata, “Bangunlah! ‘Bismillah, bi barakatillah, masya’ Allah la quwwata illa billah, tawakkaltu ‘alallah.”
Kemudian, Nabi saw menuntun Ali dan mendudukkannya di samping Fatimah. Beliau berdoa, “Ya Allah, sesungguhnya keduanya adalah makhluk-Mu yang paling aku cintai, maka cintailah keduanya, berkahilah keturunannya, dan peliharalah keduanya. Sesungguhnya aku menjaga mereka berdua dan keturunannya dari syaitan yang terkutuk.”
Rasulullah mencium keduanya sebagai tanda ungkapan selamat berbahagia. Kepada Ali, beliau berkata, “Wahai Ali, sebaik-baik isteri adalah isterimu.”
Dan kepada Fatimah, beliau menyatakan, “Wahai Fatimah, sebaik-baik suami adalah suamimu”.
Di tengah-tengah keramaian dan kerumunan wanita yang berasal dari kaum Anshar, Muhajirin, dan Bani Hasyim, telah lahir sesuci-suci dan seutama-utamanya keluarga dalam sejarah Islam yang kelak menjadi benih bagi Ahlulbait Nabi yang telah Allah bersihkan kotoran jiwa dari mereka dan telah sucikan mereka dengan sesuci-sucinya.
Acara pernikahan qudus itu berlangsung dengan kesederhanaan. Saat itu, Ali tidak memiliki sesuatu yang bisa diberikan sebagai mahar kepada sang istri selain pedang dan perisainya. Untuk menutupi keperluan mahar itu, ia bermaksud menjual pedangnya. Tetapi Rasulullah saw mencegahnya, karena Islam memerlukan pedang itu, dan setuju apabila Ali menjual perisainya.
Setelah menjual perisai, Ali menyerahkan wangnya kepada Rasulullah saw. Dengan wang tersebut beliau menyuruh Ali untuk membeli minyak wangi dan perabot rumah tangga yang sederhana guna memenuhi keperluan keluarga yang baru ini.
Kehidupan mereka sangat bersahaja. Rumah mereka hanya memiliki satu kamar, letaknya bersebelahan masjid Nabi saw.
Hanya Allah SWT saja yang mengetahui kecintaan yang terjalin di antara dua hati, Ali dan Fatimah. Kecintaan mereka hanya tertumpahkan demi Allah dan di atas jalan-Nya.
Fatimah as senantiasa mendukung perjuangan Ali as dan pembelaannya terhadap Islam sebagai risalah ayahnya yang agung nan mulia. Dan suaminya senantiasa berada di barisan utama dan terdepan dalam setiap peperangan. Dialah yang membawa panji Islam dalam setiap peperangan kaum muslimin. Ali pula yang senantiasa berada di samping mertuanya, Rasulullah saw.
Fatimah as senantiasa berusaha untuk berkhidmat dan membantu suami, juga berupaya untuk meringankan kepedihan dan kesedihannya. Beliau adalah sebaik-baik isteri yang taat. Beliau bangkit untuk memikul tugas-tugas layaknya seorang ibu rumah tangga. Setiap kali Ali pulang ke rumah, ia mendapatkan ketenangan, ketenteraman, dan kebahagiaan di sisi sang isteri tercinta.
Fatimah as merupakan pokok yang baik, yang akarnya menghujam kokoh ke bumi, dan cabangnya menjulang tinggi ke langit. Fatimah dibesarkan dengan cahaya wahyu dan beranjak dewasa dengan didikan Al-Qur’an.
Keluarga Teladan
Kehidupan suami isteri adalah ikatan yang sempurna bagi dua kehidupan manusia untuk menjalin kehidupan bersama.
Kehidupan keluarga dibangun atas dasar kerjasama, tolong menolong, cinta mencintai, dan saling hormat menghormati.
Kehidupan Ali dan Fatimah merupakan contoh dan teladan bagi kehidupan suami istri yang bahagia. Ali senantiasa membantu Fatimah dalam pekerjaan-pekerjaan rumah tangganya. Begitu pula sebaliknya, Fatimah selalu berupaya untuk mencari keridhaan dan kerelaan Ali, serta senantiasa memberikan rasa gembira kepada suaminya.
Pembicaraan mereka penuh dengan adab dan sopan santun. “Ya binta Rasulillah”; wahai putri Rasul, adalah panggilan yang biasa digunakan Imam Ali setiap kali ia menyapa Fatimah. Sementara Sayidah Fatimah sendiri menyapanya dengan panggilan “Ya Amirul Mukminin”; wahai pemimpin kaum mukmin.
Demikianlah kehidupan Imam Ali as dan Sayidah Fatimah as.
Keduanya adalah teladan bagi kedua pasangan suami-isteri, atau pun bagi orang tua terhadap anak-anaknya.
Buah Hati
Pada tahun ke-2 Hijriah, Fatimah as melahirkan putra pertamanya yang diberi nama oleh Rasulullah saw sebagai “Hasan”. Rasul saw sangat gembira sekali atas kelahiran cucunda ini. Beliau pun menyuarakan azan pada telinga kanan Hasan dan iqamah pada telinga kirinya, kemudian dihiburnya dengan ayat-ayat Al-Qur’an.
Setahun kemudian lahirlah Husain. Demikianlah Allah SWT berkehendak menjadikan keturunan Rasulullah saw dari Fatimah Az-Zahra as. Rasul mengasuh kedua cucunya dengan penuh kasih dan perhatian. Tentang keduanya beliau senantiasa mengenalkan mereka sebagai buah hatinya di dunia.
Bila Rasulullah saw keluar rumah, beliau selalu membawa mereka bersamanya. Beliau pun selalu mendudukkan mereka berdua di haribaannya dengan penuh kehangatan.
Suatu hari Rasul saw lewat di depan rumah Fatimah as. Tiba-tiba beliau mendengar tangisan Husain. Kemudian Nabi dengan hati yang pilu dan sedih mengatakan, “Tidakkah kalian tahu bahawa tangisnya menyedihkanku dan menyakiti hatiku.”
Satu tahun berselang, Fatimah as melahirkan Zainab. Setelah itu, Ummu Kultsum pun lahir. Sepertinya Rasul saw teringat akan kedua putrinya Zainab dan Ummu Kultsum ketika menamai kedua putri Fatimah as itu dengan nama-nama tersebut.
Dan begitulah Allah SWT menghendaki keturunan Rasul saw berasal dari putrinya Fatimah Zahra as.
Kedudukan Fatimah Az-Zahra’ as
Meskipun kehidupan beliau sangat singkat, tetapi beliau telah membawa kebaikan dan barakah bagi alam semesta. Beliau adalah panutan dan cermin bagi segenap kaum wanita. Beliau adalah pemudi teladan, isteri tauladan dan juga contoh terbaik bagi seorang wanita. Dengan keutamaan dan kesempurnaan yang dimiliki ini, beliau dikenal sebagai “Sayyidatu Nisa’il Alamin”; yakni Penghulu Wanita Alam Semesta.
Bila Maryam binti ‘Imran, Asiah isteri Firaun, dan Khadijah binti Khuwalid, mereka semua adalah penghulu kaum wanita pada zamannya, tetapi Sayidah Fatimah as adalah penghulu kaum wanita di sepanjang zaman, mulai dari wanita pertama hingga wanita akhir zaman.
Beliau adalah panutan dan suri teladan dalam segala hal. Di kala masih gadis, ia senantiasa menyertai sang ayah dan ikut serta merasakan kepedihannya. Pada saat menjadi isteri Ali as, beliau selalu merawat dan melayani suaminya, serta menyelesaikan segala urusan rumah tangganya, hingga suaminya merasa tenteram bahagia di dalamnya.
Demikian pula ketika beliau menjadi seorang ibu. Beliau mendidik anak-anaknya sedemikian rupa atas dasar cinta, kebaikan, keutamaan, dan akhlak yang luhur dan mulia. Hasan, Husain, dan Zainab as adalah anak-anak teladan yang tinggi akhlak dan kemanusiaan mereka.
Kewafatan Sang Ayah
Sekembalinya dari Haji Wada‘, Rasulullah saw jatuh sakit, bahkan beliau SAW sempat pengsan akibat panas dan demam keras yang menimpanya. Fatimah as bergegas menghampiri beliau dan berusaha untuk memulihkan keadaan baginda SAW. Dengan air mata yang luruh berderai, Fatimah berharap agar sang maut memilih dirinya dan merenggut nyawanya sebagai tebusan jiwa ayahandanya.
Tidak lama kemudian Rasul saw membuka kedua matanya dan mulai memandang putri semata wayang itu dengan penuh perhatian. Lantas beliau meminta kepadanya untuk membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Fatimah pun segera membacakan Al-Qur’an dengan suara yang khusyuk.
Sementara sang ayah hanyut dalam kekhusyukan mendengarkan kalimat-kalimat suci Al-Qur’an, Fatimah pun memenuhi suasana rumah Nabi. Beliau ingin menghabiskan detik-detik akhir hayatnya dalam keadaan mendengarkan suara putrinya yang telah menjaganya dari usia yang masih kecil dan berada di samping ayahnya di saat dewasa.
Rasul saw meninggalkan dunia dan ruhnya yang suci mi’raj ke langit.
Kepergian Rasul saw merupakan musibah yang sangat besar bagi putrinya, sampai hatinya tidak kuasa memikul besarnya beban musibah tersebut. Siang dan malam, beliau selalu menangis.
Belum lagi reda dari musibah itu, Fatimah as mendapat pukulan yang lebih berat lagi dari para sahabat yang berebut kekuasaan dan kedudukan.
Setelah mereka merampas tanah Fadak dan berpura-pura bodoh terhadap hak suaminya dalam perkara khilafah (kepemimpinan), Fatimah Az-Zahra’ as berupaya untuk mempertahankan haknya dan merebutnya dengan keberanian yang luar biasa.
Imam Ali as melihat bahawa perlawanan terhadap khalifah yang dilakukan Sayidah Fatimah as secara terus menerus menyebabkan negara terancam bahaya besar, hingga dengan begitu seluruh perjuangan Rasul saw akan sirna, dan manusia akan kembali ke dalam masa Jahiliyah.
Atas dasar itu, Ali as meminta isterinya yang mulia untuk menahan diri dan bersabar demi menjaga risalah Islam yang suci.
Akhirnya, Sayidah Fatimah as pun berdiam diri dengan menyimpan kemarahan dan mengingatkan kaum muslimin akan sabda Nabi, “Kemarahannya adalah kemarahan Rasulullah, dan kemarahan Rasulullah adalah kemarahan Allah SWT.”
Sayidah Fatimah as diam dan bersabar diri hingga beliau wafat. Bahkan beliau berwasiat agar dikuburkan di tengah malam secara rahasia.
Pemergian Putri Tercinta Rasul SAW
Bagaikan cahaya lilin yang menyala kemudian perlahan-lahan meredup. Demikianlah ihwal Fatimah Az-Zahra’ as sepeninggal Rasul saw. Ia tidak kuasa lagi hidup lama setelah ditinggal wafat oleh sang ayah tercinta. Kesedihan senantiasa muncul setiap kali azan dikumandangkan, terlebih ketika sampai pada kalimat Asyhadu anna Muhammadan(r) Rasulullah.
Kerinduan Sayidah Fatimah untuk segera bertemu dengan sang ayah semakin menyesakkan dadanya. Bahkan kian lama, kesedihannya pun makin bertambah. Badannya terasa lemah, tidak lagi sanggup menahan renjana jiwanya kepada ayah tercinta.
Demikianlah keadaan Sayidah Fatimah as saat meninggalkan dunia. Beliau tinggalkan Hasan yang masih 7 tahun, Husain yang masih 6 tahun, Zainab yang masih 5 tahun, dan Ummi Kultsum yang baru saja memasuki usia 3 tahun.
Yang paling berat dalam perpisahan ini, ia harus meninggalkan suami termulia, Ali as, pelindung ayahnya dalam jihad dan teman hidupnya di segala medan.
Sayidah Fatimah as memejamkan mata untuk selamanya setelah berwasiatkan kepada suaminya akan anak-anaknya yang masih kecil. Beliau pun mewasiatkan kepada sang suami agar menguburkannya secara rahsia. Hingga sekarang pun makam suci beliau masih jadi rahsia umum. Dengan demikian terukirlah tanda tanya besar dalam sejarah tentang dirinya.
Fatimah Az-Zahra’ as senantiasa memberikan catatan kepada sejarah akan penuntutan beliau atas hak-haknya yang telah dirampas. Sehingga umat Islam pun kian bertanya-tanya terhadap rahsia dan kemisterian kuburan beliau.
Dengan penuh kesedihan, Imam Ali as duduk di samping kuburannya, diiringi kegelapan yang menyelimuti angkasa. Kemudian Imam as mengucapkan salam, “Salam sejahtera bagimu duhai Rasulullah … dariku dan dari putrimu yang kini berada di sampingmu dan yang paling cepat datang menjumpaimu.
“Duhai Rasulullah! Telah berkurang kesabaranku atas kepergian putrimu, dan telah berkurang pula kekuatanku … Putrimu akan mengabarkan kepadamu akan umatmu yang telah menghancurkan hidupnya. Pertanyaan yang meliputinya dan keadaan yang akan menjawab. Salam sejahtera untuk kalian berdua!”
Riwayat Singkat Sayyidah Fatimah as
Nama : Fatimah.
Julukan : Az-Zahra’, Al-Batul, At-Thahirah.
Ayah : Mahammad.
Ibu : Khadijah binti Khuwailid.
Kelahiran : Jumaat 20 Jammadil Akhir.
Tempat : Makkah Al-Mukarramah.
Wafat : MadinahAl-Munawarah, Tahun 11 H.
Makam : Tidak diketahui
Wallahu a'lam bissowab..

PeRJALaNAN KITA MaSIH JAUh..


Bismillahirrahmanirrahim...
Sebuah Perjalanan,
berliku-liku,
berduri-duri,
sakit,
perit,
pahit,
namun itulah hakikat dan realiti perjalanan dakwah,
bertentangan tabiat hati,
yang hanya mahu senang dan wenang,
itulah sunnah orang berjuang,
sunnah untuk mendapat ketenangan hati,
kekayaan jiwa,
sunnah untuk merasai 'dzuq' CINTA ILAHI.
Ya Allah, Bimbinglah hamba-Mu ini,
dalam memenangi pandangan dan redhaMU..

ASPIRASI MUJAHIDAH..


KADANG-KADANG KITA PERLU..


KETAHUILAH, SESUNGGUHNYA SAUDARA TIDAK KESEORANGAN...

aku keseorangan...kesunyian.. kesepian..
tiada sesiapa yang mengetahui rintih, desas, desis hati ini...
tiada siapa yang ingin menjadi pendengar setia...
yang dekat pula memohon menjauh..
dimana faham sefaham...
adakah segalanya belum pasti...

ketahuilah, sesungguhnya saudara tidak keseorangan..
ketahuilah juga, saudara sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya,
itu doa dari kejauhan,
kata-kata azimat penguat hati ini,
“jagalah haq-haq Allah,Allah pasti menjaga haq-haq kamu,
Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya yang ikhlas & yaqin padaNya,
Ketahuilah, kamu,aku,kami,kalian tidak keseorangan..
Kita bertemankan Allah dan juga RasulNya sebagai penyejuk & penawar hati yang sekulumit lara & resah ini..

Ketahuilah duhai saudaraku,
Keterbatasan sementara ini bukan disengajakan,
Bukan pula ingin menyakiti & disakiti, apatah lagi menganiya sesama kita,
Tetapi, ketahuilah wahai saudaraku,
Semuanya dalam usaha untuk kita mencapai puncak mardatillah
yang manis itu,
Hukum syariat telah mengajar kita,
Al-hasanu ma hasanusSyaro’, al-qabahu ma qabahusSyaro’,
Yang baik itu, apa yang syara’ kata baik, yang buruk itu, apa yang syara’ kata buruk..

Ketahuilah saudaraku,
Keterbatasan sementara ini,untuk dimanfaatkan dengan amalan-amalan yang syara’,indah pada pandanganNya,
Bukan yang cantik pada pandangan manusia yang alpa,
Bila tiba masa yang disyariatkan,kita sememangnya akan membuka peluang itu seluas-luasnya,
Akan ada yang setia mendengar, yang senangtiasa memahami dengan izinNya,
Cuma masa & syariat masih tidak membenarkan untuk semua ini berlaku,
Kerana begitulah kebenaran Wahyu mengajar kita,
Ianya sungguh mencabar kesabaran ini,
Tetapi, janji Allah pasti benar,
Termaktub dalam kitabNya; “asSobru Jameel”
Sesungguhnya sabar itu cantik..
Ketahuilah,segalanya seizinNya jua.

Ya Rabbul I’zzati,
Cinta-Mu ingin selalu dekat dalam hatiku,
Cintanya adalah inspirasi yang bertaut dalam fitrah-Mu... Padang pasir duniawi menjerluskan kakiku melangkah di pasir yang berbutir mempesona,
Ya ILAHI, bantulah daku bangkit dari lompang dan cela dunia ini,
Bersama cinta-Mu dan cintanya agar ia menjadi bagai benteng kekuatan menghunus di lembah pasir yang kelam dan dalam..
Pimpinlah kami dalam kalimah LAILAHAILLAH di akhir pengembaraan ini. Ameen..

WASSALAM.

Andai Kamu Tahu..


Tahukah..
Di lubuk atma kami,
Setiap anak-anak Muslim,
Ada kamu,
Meski begitu maaf kami pinta,
Kerana acapkali dunia,
Buat kami terlalai melupakanmu ,

Namun setiap menatap dada-dada akhbar,
Ada marah yang menyala,
Ada tangis di tubir mata,
Ada doa yang bergetar di sukma,
Demi kamu Palestin,
Demi kamu,

Di benak kami,
Namamu tak pernah sirna,
Walau jauh beribu batu,
Biar tak pernah kaki kami,
Walau sekali,
Melukis jejak di tanahmu nan suci,
Qiblat pertama kami,
Bumi yang di atasnya al Aqsa kami berdiri ,
Kamu tak pernah luput dalam doa kami,
Dan pada setiap qunut yang kami titipkan,
Yang diaminkan para malaikat Tuhan,

Palestin...
Deritamu derita kami,
Tanah barakah warisan anbiya’ ini,
Sungguh telah basah di banjiri,
Pekat merah darah saudara kami,

Tahukah kamu Palestin,
Betapa meluap amarah kami tatkala menyaksikan,
Saat dirimu disiksa,
Maruahmu diperkosa,
Tika kulitmu disiat-siat,
Anak-anakmu disembelih,
Kala masjid-masjidmu diroboh,
Dan rumah-rumahmu dirempuh,
Kami melihat,
Dan kami menangis bersamamu,

Tahukah kamu,
Betapa hati kami,
Ingin terbang mendapatkanmu,
Menjadi mujahid mempertahankan diri kamu,
Dengan nyawa dan darah kami....

Hakikatnya Palestin,
Tahukah kamu,
Betapa hancurnya sanubari kami,
Kala menyedari,
Tidak banyak yang dapat kami berikan,
Buat menyembuh lukamu yang parah itu,
Dan mengembalikan sinarmu,

Kami di sini hanya,
Insan-insan lumpuh,
Yang terdaya cuma menyaksi,
Dengan hati yang berdarah,
Sambil menyusun doa,
Agar dirimu disana terus tabah,

Tahukah kamu Palestin,
Betapa malunya kami,
Lantaran tak mampu menghulur bantu,
Sedang lidah kami lancang sekali,
Mengaku diri sebagai umat Muhammad,

Wahai pemuda Islam,
Yang terpateri hatinya pada Tuhan,
Yang jiwanya nun di Palestin,

DIN kamu saudara..
Sudahkah kamu perbaiki,
Imanmu saudara..
Sudahkah di tahap tertinggi?

Agar doamu tak tersia,
Justeru doa yang makbul itu datangnya daripada jiwa-jiwa kudus,
Milik mereka yang berusaha meraih cintaNya,
Seharusnya kamu tahu saudara,
Bahawa Islam dan 'izzahnya takkan kembali,
Kepangkuan Muslim yang lemah,

Wahai Syababul Muslimin,
Semoga Palestin dalam doamu,
Semoga Palestin lestari di kalbu,
Semoga tuturmu tiada lain,
Selain menyedarkan insan-insan,
Yang masih lena dibuai mimpi,
Tentang erti sebuah cakna,
Terhadap umat ini,
Palestin. Thailand, Iraq, Kavkas, Somalia, Bosnia, Macedonia, Afghanistan,
Jeritan mereka memanggilmu. ..
Dengarkan..?
Lambaian mereka menggamitmu. .
Terlihatkah?
Dan tanganmu itu,
Usah dilumuri tanganmu,
dengan darah saudaramu,
dengan setiap RM1 yang kamu laburkan,
Saat membeli produk Yahudi dan Amerika,

Wahai saudara,
Semoga Allah memilihmu,
Sebagai Salahuddin Al Ayubi yang baru..

Cetusan Idea: AAA

"Children of Heaven"


http://www.youtube.com/watch?v=y7XDjoEBRpY
Sebuah filem Iran yang mendapat anugerah antarabangsa. Kali pertama saya menonton filem ini pada tahun 2007, ianya cukup membahagiakan dan sedikit sebanyak menginsafkan diri. Jalan cerita yang dipersembahkan serta mutu mesej yang diketengahkan sangat bagus terutama untuk tontonan adik-adik kita di luar sana. Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama 'Ali, yang berjiwa kental, cekal dan tabah. 'Ali yang baru berusia dalam lingkungan 10 tahun, matang lebih awal dari usia sebenarnya, sanggup berkorban apa sahaja demi adiknya, Zahra, kerana sepasang kasut. Kasih seorang abang terhadap adiknya terpancar di wajah kanak-kanak muda ini.
Filem "Children Of Heaven" ini juga mampu mencetuskan suasana keIslaman yang begitu menarik bagi saya. Ini kerana di dalamnya tidak ada unsur-unsur pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, kanak-kanak yang dididik dengan didikan yang baik, wanita-wanita yang bertudung dan seumpamanya. Alangkah baiknya jika filem-filem sebegini rupa diketengahkan kepada masyarakat kita hari ini.

Begitu juga dengan sebuah lagi filem Iran yang saya kira sangat 'best' dan menyentuh hati, rasanya dari pengarah yang sama, bertajuk "The Colour of Paradise". Cerita ini menjadi tontonan wajib bagi saya dan kawan-kawan yang lain semasa kami mengambil subjek History and Philosophy of Psychology dulu. Entahlah, pelik juga pensyarah mewajibkan kami menonton filem ini serta membuat "summary" dari cerita tersebut sebagai assignment wajib kami. Mesti ada 'something' yang menarik. Rupa-rupanya, betul sangkaan itu, jalan ceritanya amat terkesan. Marvellous! Terima kasih kepada pensyarah, Bro Mohd Zaki kerana memperkenalkan filem ini kepada kami.

Akhirnya, syabas diucapkan kepada pengarah filem dan juga semua yang terlibat menterjemahkan cerita-cerita Iran ini kepada pelbagai bahasa lain untuk tontonan umum. Wallahua'lam.

Rabbuna Yusahhil..!

Kita dan Palestin



Isnin, 19 Januari 2009, alhamdulillah, diberi keizinan oleh Allah mengikuti ceramah penting bertajuk "Palestine Genocide: The Naked Truth" yang telah disampaikan oleh Bro Nor Azman Shamsuddin, seorang pensyarah UIAM dari Kuliyyah Kejuruteraan(Bioengineering). Ceramah ini diadakan bersempena dengan kempen kesedaran Palestin (Palestine Awakening Campaign) , yang dianjurkan oleh IIUM Journalism Club (JC), bermula dari 19-21 Januari 2009. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan izinNya. Ceramah disampaikan dalam bahasa Inggeris,memandangkan peserta-peserta yang hadir sebilangan kecilnya adalah "foreigners"dari Palestin, Pakistan dan sebagainya.
Di sini, saya cuba membuat sedikit ringkasan tentang ceramah tersebut sebagai perkongsian kita bersama:
REALITI PALESTIN: APA PERANAN KITA SEMUA?
Terdapat beberapa isu penting:
ISU 1: Baitul Maqdis sebagai qiblat pertama (isu aqidah umat Islam)

ISU 2 : Pembukaan Kota Baitul Maqdis WARISAN UMMAH, WAJIB DIPERTAHANKAN.
- Pada pembukaan Kota Al-Quds pada tahun 636M, Saidina Umar Al-Khattab mengisytiharkan bahawa keseluruhan bumi Palestin adalah tanah wakaf milik umat Islam hingga generasi terkemudian.
- Faktor ini difahami sungguh-sungguh oleh Salahuddin al-Ayubi yang
mendorong beliau menyeru kaum Muslimin menentang dan menghalau tentera salib serta berjaya membuka Baitul Maqdis pada 1187M.

ISU 3: Umat Islam Dizalimi.
الحديث : لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri”
Riwayat Bukhari & Muslim-
- Jika kita tidak sama-sama fikirkan isu Palestin, ’something wrong’ dengan aqidah kita. ‘Iyazubillah.
- Sekiranya saudara seIslam kita dianiaya dan dizalimi, apa perasaan kita? Adakah kita masih bergelak ketawa dan bergembira dengan penderitaan mereka?
- Jika kita tidak merasai penderitaan yang dialami oleh mereka, di mana Iman kita? Where we are, we in the eye of Allah???
الحديث : ومن لم يهتم بأمر المسلمين فليس منهم
“ Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah dia daripada kalangannya”
- Palestin bukan sekadar isu semasa, bukan juga isu bermusim, tetapi, ia adalah Qadhiah( PermasalahanUmmah) yang harus ditangani bersama, dipertahankan dan diselesaikan oleh seluruh umat Islam .

“ Sentiasa akan ada sekelompok (tho’ifah) umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusanNya” (Hadith Riwayat At-Tabrani).

ISU 4: Kita perlu tahu siapa musuh kita?
- Yahudi/Zionist International adalah musuh utama kita. Kemenangan pasti menjelma suatu hari nanti..Insya Allah.

ISU 5: Siapakah Yahudi dan Apakah Pegangan Mereka?
- Mereka berkeyakinan bahawa mereka adalah umat terpilih.
- Sumber Panduan Yahudi:-
(1) Perjanjian Lama @ Taurat yang ditokok tambah.
- Mereka menyatakan Allah pelupa, tidak adil, menghukum.
(2) Kitab Talmud menyatakan:
- Non-Jewish are sub-human,
- All gentile (non-Jewish) children are animals.
- Ya Allah..sesat sungguh ajaran mereka ini..Bagi mereka, apa gunanya
mengadakan perjanjian dengan non-jewish, kerana mereka seperti binatang..
Yahudi dan kuncu-kuncunya, manusia yang tidak faham erti kedamaian, keadilan, kasih sayang..
(3) Kabbala
(4)Protokol Zionist:-
1) Menguasai ekonomi dunia.
2) Menyusup ke dalam sistem pemerintahan.
3) Menghancurkan agama dan sebarkan atheism.
4) Menguasai media international dan penerbitan.
5) Menggunakan organisasi rahsia.
6) Menyebarkan perpecahan dan peperangan.
7) Mempropagandakan slogan yang memikat.
8) Menguasai lembaga pendidikan tinggi.
9) Mempropagandakan anti-semitism.

DASAR PERJUANGAN MUSLIM SEBENAR:
1) Mengenal diri dan sejarah
2) Kenali musuh dan perancangan mereka
3) Membina kekuatan ummat:
- Aqidah
- Ukhuwwah
- Silah.
REALITI PALESTIN: APA SUMBANGAN KITA?
1) Faham & peka isu Palestin
2) Hindari kehidupan bermewah-mewah untuk dekat dengan Allah dan dapat merasai keperitan SAUDARA kita di Palestin.
3) Bersatu dalam perjuangan.
4) Bantuan:
- Kewangan & Sokongan moral
- Relawan & Perubatan.
- Kajian & Sebaran.
5) Da’wah & sebarkan permasahan ini.
6) Solah,doa & munajat.
7) Sekatan ekonomi- boycott!

Kesimpulannya, Palestin bukan sekadar “current issue”, tapi ia melibatkan aqidah kita semua. Ingat Palestin, ingat Baitul Maqdis, ingat qiblat pertama umat Islam!
Sedikit perkongsian, moga ianya bermanfaat.
Wallahu Ta’ala a’lam.
Hidup sebagai mujahidah, dan mati sebagai syaheedah, Insya Allah.

Dekat Denganmu..Palestin