RAMADHAN KAREEM! Indahnya Bumi UIA..



Hari ini Khamis 11 Sept bersamaan 11 Ramadhan merupakan hari yang lebih gembira bagiku. Semenjak ku melangkah kaki ke Bumi UIAM, bumi yang sentiasa dalam ingatanku. Di Masjid universiti ini juga ku dapat beriftar dan bersahur dengan kawan-kawan, 'adik-adik'ku yang ku sayangi, dapat terawih berjemaah, tidur bersama-sama di masjid yang disediakan khusus bagi yang hajat ber'itikaf, menjadi makmun kepada imam-imam yang hebat, dapat mengeratkan ukhuwwah, bertanya khabar, dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru. Oh indahnya Ukhuwwah Islamiyyah!Rasa sungguh bertuah hari ini kerana dapat berta'aruf secara intensif dengan seorang kakak PHd dari Jami'ah 'Urduniyyah Jordan, anak jati Kelantan yang fasih berbahasa Arab. Terharu melihat manusia berpusu-pusu mengingati Allah, tambahan pula penyampaian ala khutbah yang disampaikan oleh Dr. Jamal Badi dari Kulliyyah Ilmu Wahyu menekankan tentang Bulan Ramadhan dan kelebihannya. Khutbah disampaikan dalam Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.UIA segar dalam ingatanku, Insya Allah..