Assalamu'alaikum w.b.t,Salam perjuangan buat jundulLah sekalian..
Moga kita semua dulu, kini dan selamanya sentiasa dalam ketaatan padaNya..
Sekadar perkongsian, moga ianya bermanfaat dan diberkati Allah hendaknya..
Pengalaman yang InsyaAllah, mungkin tidak dapat dilupakan..Alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti masirah atau demontrasi yang diadakan di hadapan perkarangan Bangunan Tabung Haji KL pada hari ini. Hampir 1000 orang bersesak-sesak memenuhi ruang tersebut, walaupun sebaran tentang demontrasi ini hanya mula diberitahu melalui SMS daripada badan-badan NGO pada pagi ini. Gelombang kebangkitan Islam semakin lama semakin marak dirasa.Tanggal 2 Muharam 1430 bersamaan dengan 30 Dec 2008, bertempat di hadapan USA Embassy berdekatan dengan Bangunan Tabung Haji KL juga berhampiran dengan Terminal LRT Ampang Park..Oh, indahnya pengalaman hari ini..! Hari luar biasa dalam hidupku..Insya ALLAH. Moga Allah nilai setiap 'amal ini sebagai 'amal qowwiy yang akhirnya akan dibawa balik berjumpa denganNya jua..Ameen..
Terasa 'izzahnya bilamana hati-hati syabaab dan syabataat yang berhajat kepada kebangkitan Islam Kaffah di muka bumi Allah ini bangkit menerusnya perjuangan menentang kekejaman Zionis dan Israel la'natullah yang terus menerus mengzalimi saudara seIslam kita di bumi Palestin..samada secara langsung atau tidak. Ayuh,usah berlengah lagi! Sama-sama kita berusaha untuk memboikot sebarang produk yang bekerjasama menentang saudara kita, Palestinians..!Israel Child Killer!
Naungan Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!Walillahil hamd..terus bergema memenuhi ruang persekitaran USA Embassy KL..
"Khaibar,khaibar,khaibar ya yahud, Jaisyu Muhammad, Saufa Ya'uud.."Kalahkan Yahudi, Tentera Muhammad Akan Bangkit!Diteruskan dengan bacaan Qunut Nazilah secara beramai-ramai..Oh,indahnya! Tetapi bila mengenangkan penyeksaan yang dialami oleh saudara seIslam kita,Palestinians..sebak dan sedih menyentuh naluriku.. tanpa disedari air mata ini mengalir…Tapi dari kejauhan ku tak pernah henti berharap dan berdoa agar Palestinians sentiasa dilindungi Allah selalu. Rasanya terlalu banyak dan hebat penderitaan yang ditanggung oleh anak-anak kecil(fitrah saleemah lagi bersih) terutamanya yang tidak berdosa di sana berterusan diseksa dan terus terseksa.Khaibar Yahuud,Jaisyu Muhammad Saufa Ya'uud!Takbir!
Dalam perjalanan pulang ke UIA bertemankan seorang shbah, menaiki LRT dari Ampang Park menuju ke Terminal Putra..Allah izin kelihatan seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia 8Tahun gamaknya, menangis teresak-esak bila kami menuju ke arahnya. Apabila ditanya rupa-rupanya makcik yang sepatutnya bersama dengannya sudah awal-awal lagi menaiki train LRT menuju ke Taman Bahagia, dia tertinggal keseorangan gara-gara suasana di persekitaran LRT terlalu "crowded" dengan pelbagai jenis ragam manusia. Manisnya pengalaman hari ini! First time berhadapan dengan kes sebegini. Ditambah lagi dengan keadaannya yang terlalu panic, kami sedaya upaya mententeramkan perasaannya..Duhai adikku, usahlah menangis..dikau bakal syabab yang hebat suatu hari nanti dengan izinNya..Kuatkanlah jiwamu menempuh cabang liku kehidupan..Kemudian, selepas menghubungi makciknya, dengan kuasa Allah, Alhamdulillah mereka berjumpa kembali..Selepas tu,a smile look on his face all the time..tanda syukur..Allah nak uji kita sekejap je kan..Subhaanallah..Baiknya Allah..
Pengalaman mendewasakan insan, mengajar kita untuk lebih matang, tertingkat 'amal berlandaskan hukum syaro'..Insya Allah..TQ Allah..









